Wednesday, October 15, 2008

Politik baru Datuk Chamil Wariya

Yo yo Malaysia, wassup?!!!

Look, people, recently I’m sort of tired of writing news and commentaries on current affairs like a responsible journalist, so I decided to try my hands at literature (I mean REAL literature, fit for a Nobel nomination), after reading this highly inspiring, original and sophisticated piece at Malaysia’s most respected, mature and responsible daily newspaper, Utusan Malaysia.

The parts which I have made “bold” are places where I have tried to be original. I've also added some commentaries (in red) at the most important parts of the plots for those Malaysian TRAITORS out there who don't know our Bahasa Kebangsaan well enough to read through the whole piece.

So, enjoy, and tell me what you think… I hope you would be kind because it's my first shot at writing literature/cerpen!!

(Needless to say, all these are pure fiction. No incitement for violence, murder or racial hatred intended!! Readers' intelligence required. Parental guidance needed for Utusan Malaysia readers.)

Wish all of you in Malaysia a Molotov-free week!!


Politik baru DATUK CHAMIL WARIYA

Juslo punya Sastera/ Cerpen


PAGI itu resah DATUK CHAMIL WARIYA, yang lebih mesra dengan panggilan DATUK C sukar dikawal. Sepanjang perjalanan menuju ke Dewan Perhimpunan Warga Mayu di ibu kota, fikirannya terganggu. Tuduhan bahawa dia anti-Kebebasan Bersuara (Freedom of Speech), anti-Minoriti, anti-Buddhist, anti-Kristian, anti-Cina, anti-India dan anti-bukan Islam sungguh-sungguh menghantui perasaannya sejak malam tadi lagi. Entah mengapa baru sekarang dia begitu, dia sendiri tidak tahu. Dia juga tidak pasti sama ada pemandunya, Ah Kow, menyedari gelora jiwanya ketika itu. Kalau dia tahu pun, peduli apa, DATUK CHAMIL WARIYA berbisik sendirian.

Pemandu itu memang sedia maklum pendirian politiknya tentang kepentingan kaumnya vis a vis orang bukan Melayu. Dan dia tahu Ah Kow menghormati pendiriannya, walaupun dilihat anti-bukan Melayu, anti-Kebebasan Bersuara (Freedom of Speech), anti-Minoriti, anti-Buddhist, anti-Kristian, anti-Cina, anti-India sebagai hak asasi tinggal dalam sebuah negara demokrasi. Bukankah kebebasan asasi itu dijamin oleh Perkara 5 hingga Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi DATUK CHAMIL WARIYA akui demokrasi ada yang tidak sempurna dan kerap disalahgunakan oleh pihak yang berkuasa, khususnya surat khabar “Ulat Malaysia”. Tetapi hakikat itu tidak menghalang rakyat menempatkan pembangkang di Dewan Rakyat. DATUK CHAMIL WARIYA adalah salah seorang daripadanya.

Ah, tudahan dia anti-bukan Melayu, anti-Kebebasan Bersuara (Freedom of Speech), anti-Minoriti, anti-Buddhist, anti-Kristian, anti-Cina, anti-India, dan anti-bukan Islam tuduhan yang melulu bentak DATUK CHAMIL WARIYA seolah-olah mahu menyedapkan dirinya.. Ia juga tuduhan yang tidak berasas, hati kecilnya bersuara lagi. Dia meyakinkan dirinya bahawa kenyataan kenyataan yang dibuatnya atas nama satu kaum untuk memperjuangkan kepentingan kaumnya, bukan sesuatu yang rasis. Muslim Brotherhood, organisasi hak asasi antarabangsa akan menyetujuinya. Begitu juga dengan Saudi Arabia. Perdana Menteri dan seluruh Kabinet Barisan Nasioinal pun tidak pernah menganggapnya rasis. Yang menganggapnya rasis hanya orang bukan Melayu di dalam Parti Orang Bukan Melayu (POBM).

“Aku juga bukan anti-bukan Islam. Aku bukan anti-Kebebasan Bersuara (Freedom of Speech), anti-Minoriti, anti-Buddhist, anti-Kristian, anti-Cina, anti-India,” pujuk hati DATUK CHAMIL WARIYA yang sudah dua penggal bergelar YB itu, mewakili Parti Rasis Ketuanan Melayu. Parti itu dianggotainya sejak berada di kampus lagi, walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti melarang para siswa membabitkan diri secara langsung dalam mana-mana organisasi siasah. (Walaubagaimanapun, beliau tidak pernah menjadi seorang wartawan atau penulis sastra sepanjang hayat beliau oleh kerana pendiriannya yang anti-Kebebasan Bersuara (Freedom of Speech).) Lagi pun penguatkuasaan undang-undang itu sekadar melepas batuk di tangga. Lebih dari itu, ia adalah satu lagi undang-undang lapuk, kata DATUK CHAMIL WARIYA.

Kata hatinya lagi: “Aku sekadar memperjuangkan kepentingan kaum aku, sama seperti pemimpin bukan Melayu dalam POBM memperjuangkan kepentingan bangsanya, sama seperti pemimpin Parti Orang Kafir (POKAF) berjuang untuk bangsa menggunakan wajah bukan Islamnya.”

Malah DATUK CHAMIL WARIYA berasakan kelantangannya memperjuangkan kepentingan kaumnya itulah yang telah membantunya menang kali kedua kerusi Parlimennya. Kali ini dengan majoriti yang lebih besar lagi. Apa yang membanggakan dia adalah perjuangan yang dianggap anti-Kebebasan Bersuara (Freedom of Speech), anti-Minoriti, anti-Buddhist, anti-Kristian, anti-Cina, anti-India dan anti-bukan Islam itu kini turut disokong pengundi-pengundi bukan Melayu di kawasan pilihan rayanya itu. Pada mulanya dia sendiri terkejut apabila dimaklumkan sebahagian besar pengundi bukan Melayu yang merupakan 20 peratus keseluruhan pemilihan berdaftar dalam kawasan Parlimen Alam Maya telah memangkahnya.

Ini satu perkembangan luar biasa. Tidak mungkin mereka menyokong aku, bisik hatinya. Tetapi apabila dimaklumkan oleh para pekerja parti bahawa pengundi bukan Melayu di semua peti undi telah beralih arah mendokongnya, dia menerimanya dengan fikiran terbuka. Baguslah kalau orang bukan Melayu menerima perjuangan Ketuanan Melayu Ultra Barunya.

Tidak puas hati bermonolog dengan perasaannya, DATUK CHAMIL WARIYA secara spontan berpaling kepada Ah Kow, pemandunya yang sejak tadi tekun dengan tugasnya.

“Kamu fakir saya anti-bukan Islam, anti-Kebebasan Bersuara (Freedom of Speech), anti-Minoriti, anti-Buddhist, anti-Kristian, anti-Cina, anti-India?”

Pertanyaan

Ah Kow yang sudah menghampiri usia bersara itu tidak menjawab, seolah-olah dia tidak mendengar pertanyaan itu. Matanya tertumpu ke jalan raya. Tugasnya adalah untuk mempastikan DATUK CHAMIL WARIYA selamat ke majlis yang ingin dihadirinya. Dan tiba tepat pada waktunya. Majlis itu penting kerana DATUK CHAMIL WARIYA akan mengadakan dialog dengan generasi muda seketurunan dengannya yang belajar di luar negara tetapi kebetulan berada di tanah air kerana bercuti. Ah Kow sendiri tidak pasti sama ada pelajar yang pernah mempersendakan lagu Negara Ku sewaktu menuntut di sebuah universiti di Seberang Laut turut berada dalam kelompok itu. Kalau pun ada, pemandu DATUK CHAMIL WARIYA tidak ambil pusing. Budak itu memang kurang ajar. Ada ke patut Malaysia dianggap sebagai Negara Tanah Melayu Islamiah Ultra (ejaan Inggerisnya ‘Nazi’) yang bermaksud rasis. Dan kreativiti digunakan untuk menghalalkan perbuatan biadapnya itu. Cuma Ah Kow berfikir kalau semua orang dibiarkan menghina lagu Kebangsaan dengan lirik yang memperlekehkan kehidupan orang bukan Islam, dan atas nama kreativiti, maka kesannya terhadap perhubungan kaum adalah negatif.

Ah Kow tidak tahu apakah yang sebenarnya mengganggu bosnya itu sejak dari tadi lagi. Dia jarang begitu. Ah Kow dapat mengesan DATUK CHAMIL WARIYA lain macam sahaja pagi itu. Dia dapat membaca keresahan dan kegelisahan DATUK CHAMIL WARIYA. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena walaupun apa yang sebenarnya berkocak di dalam diri DATUK CHAMIL WARIYA dia tidak pasti. Sepanjang ingatan Ah Kow, DATUK CHAMIL WARIYA juga tidak pernah berbual dengannya tentang politik, apa lagi tentang isu-isu semasa - kecuali memberi arahan yang ada kaitan dengan perjalanan atau jadual kerja. DATUK CHAMIL WARIYA juga tidak bertanya sama ada dia mengundi POBM atau parti apa pada pilihan raya yang lalu.

Lazimnya, sepanjang perjalanan, baik ke pejabat atau majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi yang lain, DATUK CHAMIL WARIYA akan menghabiskan masa membaca akhbar atau membelek-belek fail. Tetapi pagi itu DATUK CHAMIL WARIYA lain macam sahaja. Dia kelihatan resah. Gelisah. Fikirannya juga seolah-olah tidak menentu. Apa yang dibuat serba tak kena. Sekejap dia membelek ucapan utama yang akan disampaikan sebentar lagi menghuraikan gagasan Politik Baru Ketuanan Melayu Ultra Baru yang dipeloporinya. Sekejap dia membelek akhbar-akhbar yang memang menemani DATUK CHAMIL WARIYA ke mana juga dia pergi.

Ah Kow cuba mencongak mungkin keresahan DATUK CHAMIL WARIYA ada kaitan dengan suhu politik negara sedang panas ketika itu. Bahangnya terasa di mana-mana. POBM sendiri sedang menghadapi pergolakan yang hebat berkait dengan kepimpinannya. Pertarungan kepentingan puak-puak di dalam parti sedang mengambil tempatnya. Kalaulah tidak kerana kedudukan politik kerajaan agak lemah selepas kehilangan majoriti dua pertiga, sudah lama Operasi Lancau, seperti yang pernah dibuat pada 1978, dilaksanakan, agaknya. Mungkin juga tidak kerana di bawah kepimpinan sekarang, kerajaan mengambil sikap yang lebih liberal terhadap para pengkritiknya.

Ah Kow juga terfikir mungkin perasaan DATUK CHAMIL WARIYA terganggu dengan tindakan kalangan yang tidak diketahui siapa mereka melempar bom petrol ke rumah keluarga ahli Parlimen Sepohon Beringin, Su Lan. Barangkali, fikir Ah Kow, DATUK CHAMIL WARIYA, bimbang kejadian yang sama boleh menimpa diri atau keluarganya.

Mana tahu selepas keluarga Su Lan, musuhnya DATUK CHAMIL WARIYA pula yang menjadi mangsa. Dan yang dilempar itu bom betul-betul. Meletup pula. Tidakkah nahas DATUK CHAMIL WARIYA. Sekonyong-konyong Ah Kow terbayang kejadian letupan bom berani mati yang berlaku di Damsyik, Syria yang ditonton menerusi Buletin Utama di TV3 beberapa hari lalu. Kalau kejadian yang sudah menghiasi kehidupan harian di Iraq, Israel, Tebing Barat, Gaza atau Afghanistan itu menular di negara ini, alangkah malangnya bumi bertuah ini. Minta disimpang malaikat 44, Ah Kow berkata sendirian di dalam hatinya.

Tetapi fikir Ah Kow, amaran kalau tidak diendahkan berbahaya. Dia teringat apa yang diceritakan berlaku pada 31 Mei 1996. Bapanya menceritakan dalam tragedi selepas pilihan raya umum pada 30 Mei itu, orang bukan Cina dan bukan Melayu berbunuh-bunuhan. Perjuangan yang mahu menafikan hak-hak tidak istimewa orang bukan Melayu dan kaum bukan bumiputera lain yang tidak dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, tidak dapat diterima oleh mereka. Kata-kata kesat dan menghina orang bukan Melayu oleh para penyokong parti-parti pembangkang sewaktu berarak meraikan kemenangan besar di Kuala Longkang dan bandar-bandar utama lain pada pilihan raya 1996 itu tidak dapat ditelan oleh orang bukan Melayu. Parang yang terbiar tumpul selama ini diasah tajam. Dalam keadaan itu tercetuslah pergaduhan yang dahsyat menyebabkan Parlimen digantung dan pemerintahan darurat diisytiharkan. Negara diletakkan di bawah perintah berkurung. Ah Kow sendiri belum lahir ketika itu. Tidak lama selepas itu, peralihan kuasa berlaku daripada Tunku Ahmad Rahman kepada timbalannya, Tun AhmadRazak. Namun demikian, ia telah disahkan oleh rekod-rekod sejarah bahawa sebab sebenarnya peristiwa 31 Mei 1996 berlaku adalah akibat konspirasi ahli-ahli politik Parti Rasis Ketuanan Melayu yang ingin merampas kuasa, dan disokong dengan sepenuhnya oleh editor-editor dan wartawan-wartawan rasis di surat khabar “Ulat Malaysia”.

Kow, saya ni anti-bukan Islam dan anti-Kebebasan Bersuara (Freedom of Speech), anti-Minoriti, anti-Buddhist, anti-Kristian, anti-Cina, anti-India ke?,” DATUK CHAMIL WARIYA secara mendadak mengulang semula pertanyaannya apabila tiada jawapan daripada pemandunya.

Ah Kow, yang sejak tadi membisu seribu bahasa selamba menjawab: “Mungkin tidak YB.” Dia memberi jawapan berlapik. Maksudnya: Mungkin tidak, mungkin ya bergantung pada mata yang menilai.

“Apa maksud kamu mungkin tidak.”

" Ini soal persepsi YB. Persepsinya begitulah. Hakikatnya DATUK tidak membenci bukan Melayu tidak juga membenci bukan Islam. DATUK sekadar memperjuangkan kepentingan kaum YB. Tidak salah DATUK berbuat demikian. Kalau DATUK tidak memperjuangkan kepentingan kaum DATUK sendiri, siapa lagi. Tetapi cara DATUK itu barangkali disalahertikannya.”

“Maksud kamu?" Tanya DATUK CHAMIL WARIYA yang masih belum jelas lagi.

Bergantung

“Yalah, ia bergantung pada mata yang memandang. Bukan sahaja di kalangan orang bukan Melayu, tetapi di kalangan bukan bukan Melayu. DATUK kena ingat di kalangan bukan bukan Melayu pun bukan semuanya menerima politik baru Ketuanan Melayu Ultra baru YB. Kalau tidak masakan parti satu kaum seperti Parti Orang Cina Babi (POCB) masih boleh bertahan.”

“Apa maksud kamu. Saya tidak begitu jelas?"

“Yalah bagi DATUK perjuangan DATUK adalah anti-pelbagai kaum. Tetapi dalam tindak tanduk, perjuangan anti-pelbagai kaum DATUK itu tidak tertonjol. DATUK mahu menghapuskan tulisan bukan jawi dan ganti dengan tulisan Melayu. Bagi mereka itu bukan perjuangan bukan pelbagai kaum. Ia perjuangan pelbagai kaum. Kalau benar bukan pelbagai kaum, DATUK patut menghapuskan tulisan jawi.” Ah Kow memberanikan diri untuk memberikan pandangannya.

Mengesan bosnya ingin mendengar pandangannya lagi, Ah Kow berkata: “Patutnya kalau DATUK benar-benar ingin menjadi pejuang bukan pelbagai kaum, kepentingan orang bukan Melayu harus diketepikan sewaktu mengetengahkan kepentingan kaum Melayu. DATUK perjuangkan kepentingan satu sahaja. Penerimaannya saya pasti berbeza. DATUK akan dilihat sebagai tidak mahu menjaga kepentingan kaum YB, tetapi pada waktu yang sama menafikan hak orang bukan Melayu.”

(nota Juslo: sorry, I became a little confused myself, hehe... corrections welcomed!)

Itu perjuangan POBM dan POCB, dengus DATUK CHAMIL WARIYA di dalam hatinya. Bosan aku dengan Si Ah Kow ini, dia berkata sendirian. Aku penganjur politik Ketuanan Melayu Ultra baru dan tidak mahu terikat dengan kerangka politik lama, katanya lagi kepada dirinya.

Perbualan DATUK CHAMIL WARIYA dengan pemandunya habis di situ sahaja. Dia tidak mahu lagi mendengar pandangan karut pemandunya. Dia mahu terus melayan perasaan: Aku percaya pada Politik Baru Ketuanan Melayu Ultra Baru, tegas DATUK CHAMIL WARIYA pada dirinya. Setiap warganegara, tanpa mengira apa keturunan mereka patut diberi hak yang lebih rendah daripada orang Melayu mengikut undang-undang yang mempertahankan Ketuanan Melayu Ultra. Tidak ada bangsa yang patut diberi layanan istimewa yang setaraf dengan orang Melayu. Tidak ada warga yang patut diberi darjat atau kelas kedua kecuali orang bukan Melayu. Kita semua orang Malaysia tetapi bukan semuanya orang Melayu.

DATUK CHAMIL WARIYA enggan melayan Ah Kow lagi. Sebaliknya, dia membelek akhbar “Ulat Malaysia yang secara rasmi menyokong dan disokong oleh partinya. Perhatiannya tertumpu pada artikel berjudul Jangan Padam Rekod Negara yang ditulis oleh seorang generasi muda Cina yang menolak tesis politik baru Ketuanan Melayu Ultra baru.

Ah, satu lagi propaganda yang memperlekehkan kaum aku, dengus hati DATUK CHAMIL WARIYA. Jangan-jangan yang menulis artikel ini orang bukan Melayu. Mereka masih menganggap kaum aku sebagai berketurunan bukan istimewa. Tidak guna punya generasi baru. Dengus DATUK CHAMIL WARIYA. Bisik hatinya lagi: Betullah dulu nenek moyang mereka berhijrah ke bumi bertuah ini untuk mencari kekayaan, membebaskan diri mereka daripada kemiskinan dan keperitan hidup di China. Itu dulu. Generasi Cina sekarang sudah menjadi warganegara Malaysia dan mereka kemudian meminta dilayan seperti warganegara Malaysia. Ini langsung tidak boleh diterima.

Dikejutkan

Sedang DATUK CHAMIL WARIYA asyik dengan lamunannya, dia dikejutkan dengan suara pemandunya yang memaklumkan, “Kita sudah sampai YB.”

Menunggu dia di luar ialah para penganjur dialog yang bakal berlangsung. Salah seorang daripada mereka membuka pintu kereta DATUK CHAMIL WARIYA, bersalaman dengannya dan memperkenalkannya dengan ahli jawatankuasa penganjur yang lain. Diiringi oleh mereka, DATUK CHAMIL WARIYA dibawa ke pentas. Menurut kiraannya ada 500 orang di dalam dewan pagi itu. Dia bangga dengan kehadiran begitu ramai anak bangsanya yang ingin bertemu dengannya. Apa yang lebih membanggakan DATUK CHAMIL WARIYA ialah mereka belajar luar negara bukan dengan biayai sendiri, degan bantuan sepenuh kerajaan.

Selepas ucapan-ucapan aluan oleh pengerusi penganjur selesai, DATUK CHAMIL WARIYA dijemput untuk memberi ucapannya. Inilah detik-detik yang ditunggu-tunggu oleh DATUK CHAMIL WARIYA. Gagasan politik baru Ketuanan Melayu Ultra barunya akan dihebahkan kepada dunia bebas. Dia teringat buku Dr Mahathir yang berjudul “8 Mac The Day Malaysian Made a Huge Mistake (But Not As Huge As When They Re-Elected My BN in those 23 years).” Momentum rakyat Malaysia atau lebih tepat lagi warga bukan bukan Melayu Malaysia yang sudah jaga dari lena itu mesti ditingkatkan. Pagi itu dia berazam untuk berbuat demikian.

Tetapi tanpa diketahui oleh DATUK CHAMIL WARIYA, di kalangan 500 orang generasi muda yang hadir pada pagi itu ada yang tidak setuju dengan pandangan politiknya itu. Salah seorang daripada mereka berazam untuk membetulkan penyimpangan politik DATUK CHAMIL WARIYA dengan caranya yang tidak begitu tersendiri - dia akan meniru cara-cara lama yang telanpun digunakan ke atas Abraham Lincoln, John F Kennedy, Robert Kennedy, Malcom X, Martin Luther King, dan sebagainya.

Apabila DATUK CHAMIL WARIYA bangun untuk menuju ke rostrum ucapan, seorang anak muda dari belakang pentas berjalan tenang menuju ke arahnya. DATUK CHAMIL WARIYA tersenyum kepadanya. Dia menyangka anak muda seketurunan dengannya ingin mengiringinya ke rostrum atau bersalaman dengannya.

DATUK CHAMIL WARIYA menghulurkan tangan. Tiba-tiba DATUK CHAMIL WARIYA tergaman dan berdiri kaku. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Tergenggam erat pada tangan anak muda yang seolah-olah mahu membalas salam tangan yang dihulur itu ialah sepucuk pistol jenis Revolver yang betul-betul diajukan ke arah dada DATUK CHAMIL WARIYA.

Tanpa berkata apa-apa, anak muda itu melepaskan beberapa das tembakan. Salah satu daripadanya tepat mengenai jantung DATUK CHAMIL WARIYA. Dia rebah ke lantai.

(nota Juslo lagi: for those who are illetrate in Bahasa Melayu, this is the part where the Member of Parliament got shot with a gun and fell to the floor. Of course he DIED!! Be patient, see below...)

Para hadirin menjadi panik. Mereka yang berada di atas pentas turut tergamam melihat apa yang berlaku. Kejadian menjadi hiruk-pikuk dan tidak terkawal. Pihak penganjur yang tidak menduga kejadian malang itu berlaku, tidak tahu berbuat apa-apa. Beberapa orang anggota polis berpakaian preman yang menjadi tetamu yang tidak diundang dalam majlis itu, meluru ke arah pentas. Rakan-rakan mereka yang berpakaian seragam yang berkawal di luar juga bergegas masuk ke dewan.

Tetapi belum sempat mereka berbuat apa-apa, kedengaran beberapa das tembakan lagi. Kali ini yang rebah adalah anak muda itu sendiri.

(nota Juslo sekali lagi: now, this is the part where the assasin shot himself. Of course he has to - otherwise, how could be become a MARTYR and get 72 virgins?? But seriously, this is an important development in the plot, because it allows the author (that's ME, of course) to end with the dramatic 'suicide note', below...)

Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, kedua-dua mereka - DATUK CHAMIL WARIYA dan anak muda yang berpakaian kemas itu, sudah tidak lagi bernyawa.

(nota Juslo sekali lagi-lagi: this is the part where both of them are confirmed dead.)

Sewaktu pemeriksaan dibuat ke atas mayat anak muda yang tidak dikenali itu, terselit sehelai nota yang ditaip rapi, ditulis dalam bahasa Kebangsaan.

(nota Juslo: this is the part where the author tells you (in case you still haven't got the drift) that all these were pre-planned. the assasin even 'neatly' (rapi) pre-typed the suicide note.)

Ia berbunyi: DATUK CHAMIL WARIYA adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan.

Habis (THE END. To be continued with more rubbish at the juvenille section of "Ulat Malaysia")


Don't forget to nominate me for next year's Nobel!!

p/s: I wonder how does RUBBING one's own medicine at one's OWN FACE taste like...? Must be fun! (Sorry if you get the impression that this is only a cheap intimidation of another great work of literature. A great imitation of a piece of cheap, trashy writing is still cheap, no matter how hard you try...)


No comments: